Kisah

by | | 0 comments
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, danAllah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antaratimur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baikdaripada aku?.

"Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud... "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling akucintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu,sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?

"Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia ngembangkan duasayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohondan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atausepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatankepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang sepertiyang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepadasepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umatMuhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...

Sesungguhnya AllahS.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.

Wallahualam..

FATWA WAKTU BERBUKA DI UDARA

by | | 0 comments
24 Ogos 2009

As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi, ketua Persatuan Ulamak Antarabangsa telah mengeluarkan fatwa pada hari Ahad lepas mengenai penentuan waktu berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang.

Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, dan bukan mengikut negara yang ia berada di atasnya.

Mengikut fatwanya, setiap penumpang-penumpang kapal terbang yang ingin berbuka puasa, waktunya tidak boleh:

  • mengikut negara yang mereka bertolak daripadanya, atau
  • mengikut negara yang ditujukannya, atau
  • mengikut negara yang ia berada atasnya.

Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata mereka.

Mengikut Syeikh Qardhawi, sesungguhnya dia dikejutkan ketika dalam penerbangan daripada Kaherah ke Doha pada awal Ramadhan baru-baru ini dengan pengumuman daripada seorang pilot asing yang bukan Islam, bahawa telah masuknya waktu berbuka puasa. Akan tetapi dalam waktu yang sama matahari masih terpampang kelihatan dan siangnya masih jelas. Pengumuman itu berpandukan kepada negara yang berada di bawahnya telah memasuki waktu berbuka.

Fadhilatus-Syeikh telah menceritakan dialognya bersama penumpang-penumpang yang duduk bersebelahannya.

Syeikh berkata, “Tidak harus kamu berbuka puasa sebelum terbenamnya matahari. Sebenarnya waktu maghrib masih belum masuk. Maka adakah sah sekiranya kamu solat maghrib pada ketika ini?”

Jawab mereka, “Tidak!”

Maka aku menjawab balik, “Demikianlah juga berbuka puasa. Tidak boleh ia dilakukan sebelum tiba masanya”. Aku mengakhirkan kalamku dengan mengatakan, “Bahawa manusia itu setiap kali berada ditempat tinggi daripada bumi maka akan dapat melihat matahari itu terbenam. Demikianlah juga orang-orang yang tinggal di bukit-bukau atau di tempat–tempat yang tinggi. Mereka akan melihat dengan jelas ketika terbenamnya matahari, berbanding dengan orang-orang yang tinggal berhampirannya di tempat rendah atau tanah berdatar”.

Akhirnya, Al-Qaradawi telah meminta pesawat Qatar (yang beliau naikki) dan juga pesawat-pesawat Arab lain supaya memperingatkan kakitangannya supaya berhati-hati dalam perkara ini dan memastikan terbenamnya matahari sebelum mengumumkan waktu berbuka puasa.


http://qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=7127&version=1

Rakyat dititah jadi pengguna bijak

by | | 0 comments
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan rakyat di negara ini supaya menjadi pengguna yang bijak dan mengamalkan perbelanjaan secara berhemat bagi memastikan mereka mampu mengharungi masa depan yang lebih mencabar.

Sehubungan itu, baginda menyeru agar rakyat bersedia ekoran kenaikan harga bahan makanan di seluruh dunia berpunca daripada pemanasan global, bencana alam dan perubahan polisi negara pengeluar termasuk peningkatan penduduk dunia sebanyak empat peratus setahun.

“Sebagai negara pengimport makanan, Malaysia terdedah kepada kenaikan harga barang dan ini sememangnya di luar kawalan kerajaan. Dalam keadaan ini, beta menyeru rakyat supaya lebih bersedia menghadapi fenomena ini,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal keempat Persidangan Parlimen ke-12 di sini semalam.

Terdahulu Seri Paduka memeriksa barisan kawalan kehormatan di Dataran Parlimen yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi di sini yang diketuai Mejar Ahmad Muzaimi Mohd. Ali.

Punca kebangkitan rakyat di Asia Barat

by | | 0 comments

KEBANGKITAN rakyat di negara-negara Asia Barat yang bermula di Tunisia sebelum merebak ke Mesir dan kini di Yemen, Bahrain dan Libya tidak berlaku tanpa sebab.

Gelombang kebangkitan rakyat itu bermula selepas para penunjuk perasaan berjaya menyebabkan Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan bulan lalu.

Ia kemudian diikuti oleh rakyat di Mesir yang berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah sehingga mengakibatkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan selepas hampir 29 tahun memerintah.

Kebangkitan itu kemudian diteruskan oleh rakyat di Libya, Bahrain dan Yemen yang menuntut reformasi pemerintahan dilakukan.

Semua kebangkitan rakyat itu berlaku dalam zaman Facebook, Twitter dan Internet serta komunikasi penghantaran mesej yang laju menerusi telefon bimbit.

Laman web sosial dan telefon bimbit itu membantu kejayaan tunjuk perasaan di Mesir namun punca sebenar gelombang kebangkitan tersebut adalah tiadanya program ekonomi tersusun untuk rakyat di negara-negara tersebut.

Negara Mesir moden sudah lama wujud tetapi apakah yang dilakukan oleh Hosni semasa beliau memerintah untuk membaiki taraf hidup rakyat?

Rakyat di negara itu sudah bosan dengan taraf pembangunan yang berkualiti rendah sedangkan anak-anak pemimpin di negara berkenaan menikmati pendidikan dan gaya kehidupan mewah.

Negara-negara itu sudah tidak lagi dijajah oleh penjajah tetapi ketiadaan kemajuan yang dinikmati oleh rakyat menyebabkan mereka mudah bersatu untuk menentang pemerintah.

Hosni tumbang bukan disebabkan oleh musuh-musuh politiknya yang kuat tetapi di tangan rakyat yang merupakan golongan biasa tanpa sebarang kekayaan.

Selama hampir 29 tahun berkuasa, rakyat tidak lagi menyanjung keberanian Hosni berdepan dengan Israel dalam peperangan pada masa lalu sebaliknya mereka menuntut dengan berani dengan memberitahu beliau supaya berundur.

Selama ini, strateginya untuk kekal berkuasa dengan menyekat beberapa laman sosial di zaman Internet dan menimbulkan rasa takut dalam kalangan rakyat yang tidak menyokongnya musnah hanya disebabkan tunjuk perasaan rakyat selama 18 hari.

Kesilapan pemimpin-pemimpin di Asia Barat ialah mereka cuma menonjolkan kehebatan diri mereka di depan rakyat tetapi pada masa yang sama gagal untuk menyediakan pelan pembangunan ekonomi yang bersistematik untuk pembangunan.

Itulah dilema yang dihadapi oleh Hosni, Zine El Abidine dan kini pemimpin terkenal dari Libya, Muammar Gaddafi, keluarga diraja Bahrain dan Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh.

***

Di bumi yang sama ini, kita hidup di masa yang sama (tahun yang sama), tapi di sesetengah tempat, ada lagi manusia  yang seolah-olah masih hidup di zaman dinasor. Apa bezanya Malaysia dengan sesetengah negara di Afrika? Yaah. Bagaimana ini masih boleh berlaku? Pembangunan ekonomi dan ketamadunan sesetengah kelompok manusia sedang AMAT LAMBAT walaupun seiring di atas pentas masa yang sama..

Hukum menjadi Model dan Tabarruj

by | | 0 comments
Syarat-syarat umum sesuatu fesyen ataupun busana itu menepati hukum syara’

1. tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan
2. tidak nipis
3. tudung hendaklah melepasi paras dada
4. tidak diperagakan dengan digaya-gayakan di hadapan ajnabi seperti catwalk dalam peragaan fesyen walaupun dikatakan ia menutup aurat
5. tidak berhias dan bersolek seperti tabarruj jahiliyyah


Tidak ada fatwa mahupun mufti berfatwa mengenainya bukanlah dalil menunjukkan sesuatu perkara itu harus ataupun halal kerana senyapnya mufti tidak menjadi sumber hukum dalam Islam apatah lagi sesuatu perkara itu seperti etika berpakaian bagi wanita muslimah. Isu tabarruj merupakan isu yang sudah mempunyai hukum tersendiri untuk sekian lama dan bukanlah isu baru yang perlu di fatwakan.

Memetik sebahagian drp perkongsian ustaznaim.blogspot.com

Perang dan Fitnah Akhir Zaman

by | | 0 comments
Malaysia tidak akan selama-lamanya aman, janji Allah tentang kewujudan fitnah akhir zaman adalah semestinya perlu kita perhatikan. Kita harus bersiap sedia dan tidak selama-lamanya mendidik anak-anak muda khasnya para pelajar yang menjadi harapan ummah untuk terus lena dalam kemanjaan.

Firman Allah swt : "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-baqarah : 216)

Tanda-tanda Besar Kiamat

by | | 0 comments
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". - H.R Muslimi


***

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah: Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

Gempa bumi di Timur. Gempa bumi di Barat. Gempa bumi di Semenanjung Arab. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit).

Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.