tag:blogger.com,1999:blog-78301925634145165142024-03-18T19:44:52.977-07:00Fruits Basket~Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.comBlogger20125tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-4513182833509446822012-08-30T20:29:00.002-07:002012-08-30T20:29:06.597-07:00KisahAllah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,
danAllah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu
antaratimur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap).

Setelah
itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:"Wahai Tuhanku,
adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baikdaripada aku?.

"Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud... "Tidak"

Kemudian
Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah
swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah
selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang
seorang nabi yang mulia yang paling akucintai, namanya 'Muhammad.' Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu
mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka
dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi
kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih
sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintahKu,sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?

"Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian
Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
ngembangkan duasayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,
terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih
dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan
sebuah pohondan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atausepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian
Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat
terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatankepadamu
seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang sepertiyang telah
kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepadasepersepuluh dari
beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umatMuhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...

Sesungguhnya AllahS.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.

Wallahualam..Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-65613320638863914472011-08-28T17:03:00.000-07:002011-08-28T17:03:34.782-07:00FATWA WAKTU BERBUKA DI UDARA24 Ogos 2009

As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi, ketua Persatuan Ulamak Antarabangsa telah mengeluarkan fatwa pada hari Ahad lepas mengenai penentuan waktu berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang.

Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, dan bukan mengikut negara yang ia berada di atasnya.

Mengikut fatwanya, setiap penumpang-penumpang kapal terbang yang ingin berbuka puasa, waktunya tidak boleh:

mengikut negara yang mereka bertolak daripadanya, atau

mengikut negara yang ditujukannya, atau

mengikut negara yang ia berada atasnya.

Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata mereka.

Mengikut Syeikh Qardhawi, sesungguhnya dia dikejutkan ketika dalam penerbangan daripada Kaherah ke Doha pada awal Ramadhan baru-baru ini dengan pengumuman daripada seorang pilot asing yang bukan Islam, bahawa telah masuknya waktu berbuka puasa. Akan tetapi dalam waktu yang sama matahari masih terpampang kelihatan dan siangnya masih jelas. Pengumuman itu berpandukan kepada negara yang berada di bawahnya telah memasuki waktu berbuka.

Fadhilatus-Syeikh telah menceritakan dialognya bersama penumpang-penumpang yang duduk bersebelahannya.

Syeikh berkata, “Tidak harus kamu berbuka puasa sebelum terbenamnya matahari. Sebenarnya waktu maghrib masih belum masuk. Maka adakah sah sekiranya kamu solat maghrib pada ketika ini?”

Jawab mereka, “Tidak!”

Maka aku menjawab balik, “Demikianlah juga berbuka puasa. Tidak boleh ia dilakukan sebelum tiba masanya”. Aku mengakhirkan kalamku dengan mengatakan, “Bahawa manusia itu setiap kali berada ditempat tinggi daripada bumi maka akan dapat melihat matahari itu terbenam. Demikianlah juga orang-orang yang tinggal di bukit-bukau atau di tempat–tempat yang tinggi. Mereka akan melihat dengan jelas ketika terbenamnya matahari, berbanding dengan orang-orang yang tinggal berhampirannya di tempat rendah atau tanah berdatar”.

Akhirnya, Al-Qaradawi telah meminta pesawat Qatar (yang beliau naikki) dan juga pesawat-pesawat Arab lain supaya memperingatkan kakitangannya supaya berhati-hati dalam perkara ini dan memastikan terbenamnya matahari sebelum mengumumkan waktu berbuka puasa.

http://qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=7127&version=1Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-59874469427015902532011-03-10T04:35:00.000-08:002011-03-10T04:35:23.801-08:00Rakyat dititah jadi pengguna bijakKUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan rakyat di negara ini supaya menjadi pengguna yang bijak dan mengamalkan perbelanjaan secara berhemat bagi memastikan mereka mampu mengharungi masa depan yang lebih mencabar.

Sehubungan itu, baginda menyeru agar rakyat bersedia ekoran kenaikan harga bahan makanan di seluruh dunia berpunca daripada pemanasan global, bencana alam dan perubahan polisi negara pengeluar termasuk peningkatan penduduk dunia sebanyak empat peratus setahun.

“Sebagai negara pengimport makanan, Malaysia terdedah kepada kenaikan harga barang dan ini sememangnya di luar kawalan kerajaan. Dalam keadaan ini, beta menyeru rakyat supaya lebih bersedia menghadapi fenomena ini,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal keempat Persidangan Parlimen ke-12 di sini semalam.

Terdahulu Seri Paduka memeriksa barisan kawalan kehormatan di Dataran Parlimen yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi di sini yang diketuai Mejar Ahmad Muzaimi Mohd. Ali.Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-15462962525352973632011-02-18T18:18:00.000-08:002011-02-18T18:20:35.295-08:00Punca kebangkitan rakyat di Asia Barat

KEBANGKITAN rakyat di negara-negara Asia Barat yang bermula di Tunisia sebelum merebak ke Mesir dan kini di Yemen, Bahrain dan Libya tidak berlaku tanpa sebab.

Gelombang kebangkitan rakyat itu bermula selepas para penunjuk perasaan berjaya menyebabkan Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan bulan lalu.

Ia kemudian diikuti oleh rakyat di Mesir yang berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah sehingga mengakibatkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan selepas hampir 29 tahun memerintah.

Kebangkitan itu kemudian diteruskan oleh rakyat di Libya, Bahrain dan Yemen yang menuntut reformasi pemerintahan dilakukan.

Semua kebangkitan rakyat itu berlaku dalam zaman Facebook, Twitter dan Internet serta komunikasi penghantaran mesej yang laju menerusi telefon bimbit.

Laman web sosial dan telefon bimbit itu membantu kejayaan tunjuk perasaan di Mesir namun punca sebenar gelombang kebangkitan tersebut adalah tiadanya program ekonomi tersusun untuk rakyat di negara-negara tersebut.

Negara Mesir moden sudah lama wujud tetapi apakah yang dilakukan oleh Hosni semasa beliau memerintah untuk membaiki taraf hidup rakyat?

Rakyat di negara itu sudah bosan dengan taraf pembangunan yang berkualiti rendah sedangkan anak-anak pemimpin di negara berkenaan menikmati pendidikan dan gaya kehidupan mewah.

Negara-negara itu sudah tidak lagi dijajah oleh penjajah tetapi ketiadaan kemajuan yang dinikmati oleh rakyat menyebabkan mereka mudah bersatu untuk menentang pemerintah.

Hosni tumbang bukan disebabkan oleh musuh-musuh politiknya yang kuat tetapi di tangan rakyat yang merupakan golongan biasa tanpa sebarang kekayaan.

Selama hampir 29 tahun berkuasa, rakyat tidak lagi menyanjung keberanian Hosni berdepan dengan Israel dalam peperangan pada masa lalu sebaliknya mereka menuntut dengan berani dengan memberitahu beliau supaya berundur.

Selama ini, strateginya untuk kekal berkuasa dengan menyekat beberapa laman sosial di zaman Internet dan menimbulkan rasa takut dalam kalangan rakyat yang tidak menyokongnya musnah hanya disebabkan tunjuk perasaan rakyat selama 18 hari.

Kesilapan pemimpin-pemimpin di Asia Barat ialah mereka cuma menonjolkan kehebatan diri mereka di depan rakyat tetapi pada masa yang sama gagal untuk menyediakan pelan pembangunan ekonomi yang bersistematik untuk pembangunan.

Itulah dilema yang dihadapi oleh Hosni, Zine El Abidine dan kini pemimpin terkenal dari Libya, Muammar Gaddafi, keluarga diraja Bahrain dan Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh.

Di bumi yang sama ini, kita hidup di masa yang sama (tahun yang sama), tapi di sesetengah tempat, ada lagi manusia yang seolah-olah masih hidup di zaman dinasor. Apa bezanya Malaysia dengan sesetengah negara di Afrika? Yaah. Bagaimana ini masih boleh berlaku? Pembangunan ekonomi dan ketamadunan sesetengah kelompok manusia sedang AMAT LAMBAT walaupun seiring di atas pentas masa yang sama..
Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-69794765212842095532011-02-13T06:53:00.000-08:002011-02-13T06:53:01.370-08:00Hukum menjadi Model dan Tabarruj
Syarat-syarat umum sesuatu fesyen ataupun busana itu menepati hukum syara’

1. tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan

2. tidak nipis

3. tudung hendaklah melepasi paras dada

4. tidak diperagakan dengan digaya-gayakan di hadapan ajnabi seperti catwalk dalam peragaan fesyen walaupun dikatakan ia menutup aurat

5. tidak berhias dan bersolek seperti tabarruj jahiliyyah

Tidak ada fatwa mahupun mufti berfatwa mengenainya bukanlah dalil menunjukkan sesuatu perkara itu harus ataupun halal kerana senyapnya mufti tidak menjadi sumber hukum dalam Islam apatah lagi sesuatu perkara itu seperti etika berpakaian bagi wanita muslimah. Isu tabarruj merupakan isu yang sudah mempunyai hukum tersendiri untuk sekian lama dan bukanlah isu baru yang perlu di fatwakan.

Memetik sebahagian drp perkongsian ustaznaim.blogspot.com
Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-2932127978520575082011-02-04T09:24:00.000-08:002011-02-04T09:24:42.828-08:00Perang dan Fitnah Akhir ZamanMalaysia tidak akan selama-lamanya aman, janji Allah tentang kewujudan fitnah akhir zaman adalah semestinya perlu kita perhatikan. Kita harus bersiap sedia dan tidak selama-lamanya mendidik anak-anak muda khasnya para pelajar yang menjadi harapan ummah untuk terus lena dalam kemanjaan.

Firman Allah swt : "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-baqarah : 216)Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-8880284933591398912011-02-03T18:11:00.000-08:002011-02-03T18:11:31.075-08:00Tanda-tanda Besar KiamatDaripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". - H.R Muslimi

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah: Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

Gempa bumi di Timur. Gempa bumi di Barat. Gempa bumi di Semenanjung Arab. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit).

Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-32816350682293125482011-02-03T08:23:00.000-08:002011-02-03T08:27:14.402-08:00Susulan rusuhan di Mesir?Kejatuhan Hosni Mubarak akan menyebabkan iklim dan cuaca politik Asia Barat bakal berubah. Sudah tentu Israel dan Amerika Syarikatlah negara yang paling takut dengan perubahan ini.

Tentunya Israel masih terkenangkan Ramadhan War 1973 (Yom Kippur). Yang mana ketika itu Negara Mesirlah yang mengepalai serangan keatas Regim Zionis itu dengan bantuan ribuan sukarelawan Ikhwanul Muslimin.

Israel tidak takut kepada Syria, Jordan dan Arab Saudi bahkan Iran. Semuanya penakut dan bacul.

Ingat! Fakta sejarah yang mencatatkan pengalaman Yahudi berperang selepas Khaibar(zaman Rasulullah) adalah dengan Mesir dalam Ramadhan War (Oktober 1973).

Israel amat takut dengan jatuhnya Mubarak dan diganti pemimpin yang berfikiran Islamik. Lebih-lebih lagi jika pemimpin itu dari Ikhwanul Muslimin.

Israel melihat jika Mesir dipimpin oleh golongan Islamik, sudah tentu berlaku penggabungan dengan Gaza yang diperintah HAMAS. Ianya amat merbahaya kepada regim Zionis tersebut.

Israel perlu melakukan sesuatu untuk hayat hidup negara haram itu.

Antara langkah yang berkemungkinan dilakukan Israel ialah :

1) Mengajak Amerika melakukan campurtangan terhadap Mesir secara ketenteraan sepertimana Afghanistan dan Iraq. Israel sediakan pengkalan untuk Tentera Amerika. Amerika juga masih "fobia" dengan peristiwa rampasan Kedutaan mereka oleh belia-belia Iran dalam Revolusi Iran tahun 1979. Penahanan tebusan berlangsung lebih 300 hari.

2) Berpakat dengan Regim Mubarak untuk menyerang Mesir. Dengan ini rakyat Mesir akan lupakan isu jatuhkan Mubarak. Regim Hosni Mubarak kemudian akan tiupkan slogan "bersatu" untuk pertahankan kedaulatan Mesir. Dengan mengalihkan fokus isu dalaman negara kepada isu kedaulatan negara.

3) Barangkali ini langkah terakhir jika langkah (1) dan (2) tidak berkesan. Iaitu melakukan serangan besar-besaran keatas Mesir bersama Amerika, Britain, Perancis dan negara NATO yang lain. Atas alasan untuk mempertahankan keselamatan Israel dari ancaman Negara Arab.

- Tok Pepijat: Israel Serang MesirSora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-18851907821558739942011-02-03T08:13:00.000-08:002011-02-03T08:13:19.549-08:00Malaysia tanah pusaka orang MelayuOleh: A. Kadir Jasin

Mengikut semantik semasa di kalangan sesetengah orang bukan Melayu dan segelintir orang Melayu sesat, tajuk di atas adalah rasis kerana sesiapa pun yang bercakap mempertahankan bangsa Melayu adalah seorang yang rasis. Sebaliknya mempertahankan hak bangsa-bangsa lain di bumi yang sama adalah “hak”. Natijahnya, orang Melayu mempertahankan haknya dia dianggap rasis, tetapi apabila orang bukan Melayu melakukan yang sama ia dikatakan hak mereka.

Sentimen ini diulang sebut oleh bekas Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di wacana ilmu anjuran bersama Mubarak, Yayasan Perikatan dan Arkib Negara di ibu negara semalam.

Tetapi Dr Mahathir “memberanikan” diri mengulangi bahawa bumi ini adalah bumi Melayu. Melayu adalah tuan rumah. Melayu menentang Malayan Union. Melayu menuntut kemerdekaan dan Melayu bersetuju menerima kewarganegaraan kaum pendatang dari China dan India. Menggunakan landasan jus soli, British berjaya memujuk orang Melayu menerima kewarganegaraan satu juta orang keturunan imigran yang lahir di Tanah Melayu apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957.

Tuan rumah terpaksa berkongsi rumah. Sekali gus mereka mendapat hak sebagai warganegara dan bagi orang Melayu, daripada “tuan rumah” di Tanah Melayu mereka terpaksa berkongsi rumah itu dengan orang Cina dan India.

Saya hadir wacana ilmu itu, tetapi ingin merujuk kepada laporan portal berita Malaysian Insider yang memetik Dr Mahathir sebagai berkata, pemimpin negara yang terdahulu memberikan kewarganegaraan kepada orang Cina dan India kerana mereka menjangka orang Cina dan India akan menghormati kedaulatan Melayu.

Jadi adakah Dr Mahathir rasis dan sesiapa yang sependapat dengan beliau rasis apabila beliau mengulang tegas bahawa Malaysia dimiliki oleh orang Melayu dan sesiapa yang menjadi rakyat negara ini wajiblah menerima budaya dan bahasa Melayu sebagai budaya dan bahasa dominan?

Seperti saya tulis berulang kali, orang yang menafikan Melayu sebagai tuan rumah bumi Malaysia ini atau segelintir orang Melayu sendiri yang berkata mereka juga pendatang adalah buta sejarah atau hidup dalam penafian.

Lama sebelum kelompok cauvinis dan penentang sejarah ini mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu (termasuk Bumiputera lain) serta kedudukan mereka sebagai tuan rumah, para sejarawan, pengembara dan pelukis peta Barat sudah mengakui kewujudan Dunia Melayu dalam wilayah geografi (geographical area) yang mereka panggil “Malay Archipelago” (Kepulauan Melayu).

Lama sebelum itu, ahli geografi Greek, Claudius Ptolemy (c.90-168) memberi nama Golden Chersonese atau dalam bahasa Greek, Chersonesus Aurea, kepada Semenanjung Tanah Melayu. Dia memberi label itu kerana Semenanjung Tanah Melayu mempunyai reputasi sebagai sumber penting emas dunia.

Hakikatnya, emas (dan kemudian bijih timah) lah yang membawa ramai perantau Cina ke Tanah Melayu pada kurun ke-19 hingga pertengahan kurun ke-20. Emas masih dilombong di negara kita hingga ke hari ini.

Manakala orang India umumnya datang ke Tanah Melayu atas tajaan British dan agen-agennya untuk bekerja sebagai “coolie” di ladang-ladang kelapa, getah dan teh, orang Cina dibawa masuk oleh tauke-tauke lombong Cina atau datang sendiri untuk menanam gambir, lada dan sayur-sayuran serta berniaga kecil-kecilan.

(Demi mengelak daripada dituduh rasis dan tidak sensitif, saya ingin menjelaskan yang istilah coolie atau disebut juga cooley, kuli, quli dan koelie berasal daripada perkataan Urdu quli yang bererti pekerja harian atau pekerja bergaji hari.)

Yang dibawa oleh Inggeris adalah candu kerana mereka memonopoli perniagaan candu dan ramai imigran dari China menagih candu. British berperang dua kali dengan China untuk menguasai perdagangan candu (1839-42 dan 1856-60).

Antara bekas penagih candu terkenal dan berjaya di Tanah Melayu adalah Kuok Keng Kang, bapa kepada Raja Gula Robert Kuok Hock Nien. Keng Kang mengatasi penagihan candu apabila “dibawa” melancong ke Eropah oleh kawan-kawan Melayunya pada tahun 1928. Keng Kang menjadi lebih berjaya apabila diberikan kontrak oleh Inggeris untuk membekalkan makanan kepada 50,000 tawanan perang Jepun selepas Perang Dunia Kedua.

Kedai candu (opium den) dan kedai todi adalah antara perniagaan yang paling awal dilesenkan oleh British. Kedai candu dan penagihan candu sudah lama diharamkan, tetapi kedai todi ada lagi.

Saya membaca dalam akhbar bahawa kedai todi terakhir di Kuala Lumpur yang terletak di Brickfields akan ditutup kerana kehadirannya tidak cocok lagi dengan imej moden Brickfields sebagai “Little India” hasil ledakan minda Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.

Kesan buruk ekonomi penjajah

Oleh kerana minat Inggeris di Tanah Melayu adalah ke atas kekayaan bumi dan bukan penaklukan mutakhir maka mereka memberikan “kebebasan” kepada orang Melayu untuk terus miskin dan pada masa yang sama membenarkan kaum imigran mengamalkan cara hidup mereka.

Selain candu dan todi, turut datang dengan kaum-kaum imigran adalah agama dan budaya mereka, termasuklah kasta bagi orang Hindu dan kongsi gelap bagi orang Cina.

Ekonomi dipecah-pecahkan. Melayu dikekalkan di luar bandar dengan ekonomi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (subsistence economy), Cina dalam sektor perlombongan dan perniagaan manakala India perladangan dan perburuhan.

Sebahagian besar kesan pemisahan ekonomi dan sosial oleh penjajahan Inggeris, seperti Dr Mahathir tegaskan, masih wujud dan inilah yang perlu diatasi sebelum bangsa Malaysia yang sejati boleh diwujudkan.

Katanya, walaupun orang Melayu telah mencatat banyak kejayaan, namun jurang yang memisahkan mereka dengan orang keturunan imigran masih luas dan mungkin menjadi lebih luas jika dasar pembahagian kekayaan negara seperti yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru dihapuskan.

Dr Mahathir tidak melihat tindakan mewujudkan label akan membawa kebaikan kepada negara sekiranya tidak dijelaskan dan dibentuk dengan cara yang boleh difahami umum.

Menjawab pertanyaan mengenai 1 Malaysia, Dr Mahathir berkata tinjauan rambang memberi gambaran bahawa kepada orang Melayu 1 Malaysia bererti satu aliran sekolah. Jadi mereka mahu sekolah Cina dan Tamil dihapuskan. Kepada orang Cina dan India pula, kekalkan sekolah Cina dan Tamil, tapi hapuskan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Dr Mahathir berkata beliau pernah mengemukakan konsep dan aspirasi Bangsa Malaysia sewaktu memperkenalkan Wawasan 2020 pada tahun 1991 di mana semua kaum meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan kaum masing-masing.

Dr Mahathir berkata, kalau kaum-kaum di Malaysia terus memperjuangkan hak masing-masing berdasarkan negara asal mereka, maka ini jelas membuktikan bahawa mereka mengaku mereka adalah pendatang.

Sekarang adalah “masa depan”

Beliau mengingatkan orang Melayu, apa yang mereka lalui hari ini adalah “masa depan” yang diperjuangkan oleh orang Melayu sebelum merdeka.

Sama ada “masa depan” yang akan mendatang yang sedang dibahaskan sekarang akan lebih baik dari yang ada pada hari ini atau sebaliknya bergantung kepada kesepakatan orang Melayu dan pemimpin mereka.

Dr Mahathir membuat kesimpulan semasa orang Melayu lemah di segi politik dan ekonomi, mereka menjadi kuat hingga mampu melawan Malayan Union dan akhirnya mencapai kemerdekaan kerana mereka bersatu padu.

Hari ini, orang Melayu mungkin lebih kuat sedikit di segi ekonomi, tetapi mereka lemah di segi politik sehingga terpaksa bergantung kepada kaum-kaum minoriti kerana Melayu berpecah-belah, korup dan mudah diperkotak-katikkan. Penawar kepada maladi (penyakit) bangsa ini, kata Dr Mahathir, adalah perpaduan.Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-2077479888782756672011-01-28T15:29:00.000-08:002011-01-28T15:32:57.924-08:00Khutbah Terakhir Rasulullah
Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hamba-hambaMU.
Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-62016553905946538552011-01-28T10:15:00.000-08:002011-01-28T15:32:22.738-08:00Mesir tutup Internet, telefon bimbit

POLIS antirusuhan menggunakan penyembur air bagi menyuraikan penunjuk perasaan di Kaherah, Mesir semalam.

KAHERAH - Pemerintah Mesir semalam memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah yang diadakan selepas solat Jumaat.

Bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei dan Persaudaraan Muslim turut menyertai protes tersebut walaupun terdapat amaran bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas untuk mematahkan gelombang kebangkitan itu.

Ketiadaan perkhidmatan Internet menghalang akses ke laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi alat komunikasi utama para penganjur protes.

Polis Mesir mengalami kesukaran untuk berdepan dengan penunjuk perasaan yang telah bertempur selama tiga hari. Mereka menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran bahawa keganasan bukan penyelesaian di Mesir.

Obama turut meminta kedua-dua belah pihak mengawal perasaan dan menggesa Hosni agar melakukan perubahan politik.

"Ini adalah waktu kritikal dalam hidup rakyat Mesir. Keinginan untuk berubah mesti dihormati. Rejim tidak boleh menggunakan kekerasan ke atas peserta demonstrasi," kata Elbaradei yang lantang mengkritik Hosni dan menyatakan kesediaannya untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta berbuat demikian.

Demonstrasi itu mendapat ilham daripada Revolusi Jasmin yang berlaku di Tunisia baru-baru ini sehingga mengakibatkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan.

Setakat ini, lima penunjuk perasaan dan dua anggota polis terbunuh di Mesir manakala 100 yang lain cedera.

Seorang pegawai keselamatan memberitahu kira-kira 1,000 orang telah ditahan sejak tunjuk perasaan bermula pada Selasa lalu.

Para aktivis menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menuntut hak untuk hidup dengan penuh kebebasan dan bermaruah.

Hosni dianggap sebagai presiden yang tidak membawa pembaharuan ekonomi.

Hampir separuh daripada 80 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan berdasarkan kadar pendapatan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu AS$2 (RM6.11) sehari.

Negara itu mempunyai pendidikan yang berkualiti rendah, kadar pengangguran tinggi telah menyebabkan penduduk gagal memperoleh keperluan hidup yang sempurna. - Agensi

KOSMO! http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-13295125838941159692011-01-12T22:56:00.000-08:002011-01-28T10:31:42.469-08:00Kenapa CemburuDEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya.

Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya, kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya.

Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’ seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang lain.

Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif.

Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal.

Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal. Jika tidak klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk. Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya. Dia merasakan bahawa apa yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin sebelumnya.

Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah bertindak segera agar tidak merebak. Ikutilah tips berikut tentang bagaimana untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu.

Manusia tidak lepas bebas daripada sikap cemburu

Dari Aisyah r.a., isteri Rasulullah SAW, dia menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW pergi dari rumahnya (dari rumah Aisyah). Kata Aisyah: “Kerana itu aku cemburu kepada beliau.”

Setelah beliau kembali, dia memperhatikan tingkahlaku ku dan baginda bertanya: “Mengapa engkau hai Aisyah, cemburukah?” Jawabku: “Bagaimana wanita seperti aku tidak akan cemburu terhadap lelaki seperti anda?” Tanya baginda: “Apakah syaitanmu telah datang pula menggodamu?” Jawab Aisyah: “Ya Rasulullah, apakah aku bersama syaitan?” Jawab baginda: “Ya!” Aku bertanya: “Aku sendiri juga?” Jawab baginda: “Ya! Tapi aku dilindungi Tuhanku sehingga aku selamat.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Pendekatan tipu daya syaitan adalah pelbagai. Ini bergantung kepada jenis manusia yang mereka dekati. Mereka membelit orang berilmu melalui ilmunya, sedangkan ahli ibadat dihasut dengan amalnya. Orang yang kaya dirosakkan dengan harta bendanya, sedangkan orang yang miskin lebih dekat dengan kekufuran disebabkan kesusahan yang dialaminya. Hadis di atas menerangkan bahawa setinggi mana pun ilmu dan sebanyak mana pun amalan yang dilakukan oleh seseorang tidak dapat menjamin sepenuhnya bahawa ia akan selamat daripada tipu daya syaitan. Oleh itu Rasulullah SAW menasihatkan kita supaya lebih bersabar dan bermujahadah melawan godaan syaitan laknatullah.

Dari Mughirah r.a. katanya: “Saad bin Ubadah mengatakan, ‘Kalau sekiranya saya melihat lelaki berkelakuan serong dengan isterinya, nescaya lelaki itu saya tetak dengan pedang, bukan dengan punggungnya.’ Ucapan itu sampai kepada Rasulullah SAW lalu baginda berkata: “Mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad? Demi Allah aku lebih cemburu daripadanya. Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang atau pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.’” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Setiap apa yang menimpa diri kita ataupun orang lain daripada perkara-perkara berupa kesulitan dan sebagainya, semuanya berpunca daripada sikap kita yang meremehkan perintah Allah SWT, tidak menganggap penting dan tidak pempedulikan hak-hak Allah yang seharusnya dipenuhi oleh hamba-Nya. Oleh itu selaku manusia kita hendaklah memilki sifat al-Khouf dan ar-Roja’ karena dengan memiliki kedua perasaan tadi manusia akan berfikir bahawa boleh jadi Allah akan menyiksanya atau merahmatinya. Hal ini akan menggerakkan manusia untuk berbuat kebaikan sebanyak mungkin manakala dengan sifat al-Khouf pula akan mengekang manusia daripada melakukan perbuatan yang membahayakan keselamatan mereka. Sesungguhnya Allah itu Maha Sempurna dan manusia itu amat dhaif tanpa adanya pemberian ataupun nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Dengan itu manusia handaklah bersifat sebagai hamba yang sentiasa cemburu untuk mendapatkan kasih sayang dan rahmat Allah bukan bersaing mahu menempah kemurkaan Allah SWT.Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-29589665394406869822011-01-01T20:17:00.000-08:002011-01-15T03:21:43.748-08:00Sudah 22.Akan tiba waktu sekali dalam hidup, apabila seseorang manusia itu mula berfikir tentang dirinya. Bagaimanakah harus aku meneruskan hidup? Sudah 22 sekarang. Apakah lagi yang patut dilakukan.

Berpuas hati dengan keadaan sekarang? Terus sahaja begini? Tak boleh! Saya mesti upgrade diri saya.

Tak perlu sibuk-sibuk dengan urusan orang. Diri sendiri lebih penting.

Tapi fitrahnya hidup di dunia ini bukan seorang.

Tapi ada juga orang mahu terus leka. Lebih sayangkan dunia. Kadang-kadang hanya cuma menipu diri sendiri.

Yang punya akal pasti mampu berfikir. Sudah tentu tahu apa yang benar apa yang salah. Namun kerana nafsu dan syaitan, jasad tidak mampu bertindak.

Hanya minda sendiri yang mampu control diri sendiri.Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-70293141009301795002010-12-24T01:31:00.001-08:002011-01-13T23:52:32.986-08:00Musafir di bumi AllahApakah cuma yang telah saya lalui sepanjang penghidupan ini? Adakah saya membawa kebaikan kepada orang lain. Mengapa saya hendak membawa kebaikan kepada orang lain? Adakah kehidupan saya terisi dengan nilai-nilai dikehendaki. Mengapa saya perlu mengisinya? Apakah yang telah saya simpan sebagai bekal sepanjang jangka ini. Apakah yang saya lupa. Apakah yang saya kejar. Apakah tujuan saya. Apakah tujuan saya diciptakan? Masihkah kamu ingat..?

Yang mana banyaknya kenikmatan yang membuatkan kita lalai. Banyak juga kesusahan yang membuatkan kita leka. Kita menemui banyak kejadian di alam ini. Kita tafsirkan dan kita bina juga bermacam-macam yang indah. Ya, ciptaan Allah itu besar dan luas pula ilmunya. Kita laluinya dan bahagiakan hidup kita dengannya. Kita menyayangi dan mencintai. Kita ada perjanjian. Kita hanya musafir di bumi Allah.

Sekadar perkongsian untuk renungan bersama...Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-43043785561967266352010-12-22T17:48:00.000-08:002011-01-28T10:32:43.442-08:00Mencari kebahagiaan itu?Selama ribuan tahun, para pemikir telah sibuk membincangkan tentang kebahagiaan. Kebahagiaan adalah sesuatu yang ada di luar manusia, dan bersitat kondisional. Kebahagiaan bersifat sangat temporal. Jika dia sedang berjaya, maka di situ ada kebahagiaan. Jika sedang jatuh, maka hilanglah kebahagiaan. Maka, menurut pandangan ini tidak ada kebahagiaan yang abadi dalam jiwa manusia. Kebahagiaan itu sifatnya sesaat, tergantung kondisi eksternal manusia. Inilah gambaran kondisi kejiwaan masyarakat Barat sebagai: "Mereka senantiasa dalam keadaan mencari dan mengejar kebahagiaan, tanpa merasa puas dan menetap dalam suatu keadaan. Sejauh manakah kebenaran pandangan itu menurut pandangan kamu?

Manusia ingin hidup bahagia. Hidup tenang, tenteram, damai, dan sejahtera. Sebahagian orang mengejar kebahagiaan dengan bekerja keras untuk menghimpun harta. Dia menyangka bahwa pada harta yang berlimpah itu terdapat kebahagaiaan. Orang sakit menyangka, bahagia terletak pada kesehatan. Orang miskin menyangka, bahagia terletak pada harta kekayaan. Rakyat jelata menyangka kebahagiaan terletak pada kekuasaan.

Islam menyatakan bahwa "Kesejahteraan' dan "kebahagiaan" itu bukan merujuk kepada sifat badani dan jasmani insan, bukan kepada diri hayawani sifat basyari; dan bukan pula dia suatu keadaan hayali insan yang hanva dapat dinikmati dalam alam fikiran belaka.

Keselahteraan dan kebahagiaan itu merujuk kepada keyakinan diri akan hakikat terakhir yang mutlak yang dicari-cari itu — yakni: keyakinan akan Hak Ta'ala — dan penuaian amalan yang dikerjakan oleh diri berdasarkan keyakinan itu dan menuruti titah batinnya.'

Jadi, kebahagiaan adalah kondisi hati yang dipenuhi dengan keyakinan (iman) dan berperilaku sesuai dengan keyakinannya itu. Bilal bin Rabah merasa bahagia dapat mempertahankan keimanannya meskipun dalam kondisi disiksa. Imam Abu Hanifah merasa bahagia meskipun harus dijebloskan ke penjara dan dicambuk setiap hari, karena menolak diangkat menjadi hakim negara. Para sahabat nabi, rela meninggalkan kampung halamannya demi mempertahankan iman. Mereka bahagia. Hidup dengan keyakinan dan menjalankan keyakinan.

Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya.

Banyak sekali ayat-ayat al-Quran yang memerintahkan manusia memperhatikan dan memikirkan tentang fenomana alam semesta, termasuk memikirkan dirinya sendiri.

Disamping ayat-ayat kauniyah. Allah SWT juga menurunkan ayat-ayat qauliyah, berupa wahyu verbal kepada utusan-Nya yang terakhir, yaitu Nabi Muhammad saw. Karena itu, dalam QS Ali Imran 18-19, disebutkan, bahwa orang-orang yang berilmu adalah orang-orang yang bersaksi bahwa "Tiada tuhan selain Allah", dan bersaksi bahwa "Sesungguhnya ad-Din dalam pandangan Allah SWT adalah Islam."

Manusia-manusia yang berilmu seperti inilah yang hidupnya hahagia dalam keimanan dan keyakinan: yang hidupnya tidak terombang-ambing oleh keadaan. Dalam kondisi apa pun hidupnya bahagia, karena dia mengenal Allah, ridha dengan keputusanNya dan berusaha menyelaraskan hidupnya dengan segala macam peraturan Allah yang diturunkan melalui utusan-Nya.

Karena itu kita paham, betapa berbahayanya paham relativisme kebenaran yang ditaburkan oleh kaum liberal. Sebab, paham ini menggerus keyakinan seseorang akan kebenaran. Keyakinan dan iman adalah harta yang sangat mahal dalam hidup. Dengan keyakinan itulah, kata Igbal, seorang Ibrahim a.s. rela menceburkan dirinya ke dalam api. Penyair besar Pakistan ini lalu bertutur hilangnya keyakinan dalam diri seseorang. lebih buruk dari suatu perbudakan.

Sebagai orang Muslim, kita tentu mendambakan hidup bahagia semacarn itu; hidup dalam keyakinan: mulai dengan mengenal Allah dan ridha, menerima keputusan-keputusan-Nva, serta ikhlas menjalankan aturan-aturan-Nya. Kita mendambakan diri kita merasa bahagia dalam menjalankan shalat, kita bahagia menunaikan zakat, kita bahagia bersedekah, kita bahagia menolong orang lain, dan kita pun bahagia menjalankan tugas amar ma'ruf nahi munkar.

"Kalau engkau kaya. senangkanlah hatimu! Karena di hadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan yang sulit-sulit melalui hartamu.

"Dan jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Karena engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang sering menimpa orang-orang kaya. Senangkanlah hatimu karena tak ada orang yang akan hasad dan dengki kepadamu lagi, lantaran kemiskinanmu..."

"Kalau engkau dilupakan orang, kurang masyhur, senangkan pulalah hatimu! Karena lidah tidak banyak yang mencelamu, mulut tak banyak mencacimu..."

Mudah-mudahan. Allah mengaruniai kita ilmu yang mengantarkan kita pada sebuah keyakinan dan kebahagiaan abadi, dunia dan akhirat. Amin.

Diolah semula utk diri saya sendiri,

Yang ditulis oleh Ustadz Abdul Latief
http://www.pesantrenvirtual.com/index.php/hikmah/1216-konsep-kebahagiaan-dalam-islamSora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-37913022271525480352010-12-21T18:48:00.000-08:002011-01-15T03:21:55.675-08:00Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock

Masjid al-Aqsa

Dome of The Rock (Masjid Kubah As-Sakhra.)

Propaganda untuk pengeliruan kita ini bahkan pernah disiarkan di akhbar tempatan juga.

Dome of the rock dan Masjid Al Aqsa terletak dalam satu komplek Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis (Yerusalem).

Terjemahan surat Dr. Marwan:

Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan mereka. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa mereka di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa mereka ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka mereka akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini mereka telah berjaya dalam perancangan mereka.

Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-90199100308962148002010-12-16T01:03:00.000-08:002011-01-15T03:22:07.170-08:00Jepun dilabel negara tua

TOKYO 15 Dis. – Jika Jepun adalah seorang manusia, ia kini telah berusia kira-kira 50 tahun, berbanding China baru berusia 30 tahun muda sedikit dari India dan lebih sedekad jauh lebih muda dari Itali, menurut satu tinjauan rambang yang dijalankan di negara ini.

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Institut Pengajian dan Kehidupan Hakuhodoitu, Jepun purata berusia 51.7 tahun, dan merupakan negara tertua di kalangan sembilan negara di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Jawapan itu diterima daripada 1,700 rakyat Jepun yang memberi maklum balas kepada satu tinjauan dalam talian yang dijalankan oleh institut itu, yang merupakan sebuah pusat penyelidikan bersekutu dengan syarikat pengiklanan gergasi Hakuhodo DY Holdings.

Lebih separuh daripada maklum balas itu berkata, Jepun kini berusia antara 50 tahun atau 60 tahun. Negara jirannya, China pula paling muda iaitu berusia 31.5 tahun manakala Singapura berusia 32.5 tahun dan India berusia 32.7 tahun. “Kenyataan bahawa China merupakan negara muda mungkin kerana rakyat Jepun menggambarkan negara itu mempunyai banyak tenaga,” kata seorang penyelidik.“Kami mengharapkan Jepun mempunyai imej sebagai negara tua tetapi tidaklah setua itu.” Usia Jepun sebagai negara tua diikuti oleh Amerika Syarikat yang dianggarkan berusia 47.3 tahun dan Sweden berusia 45.8 tahun, manakala Itali berusia 44.6 tahun, kata tinjauan tersebut.

Ketika ditanya mengapa mereka menganggap usia Jepun begitu tua, kebanyakan responden berkata, mereka merasakan negara mereka telah hilang arah dan semangat dengan kejayaan kini hanya tinggal kenangan. – REUTERS

Sumber: utusan.com.my Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-49102309889551201542010-12-16T00:42:00.000-08:002010-12-22T18:02:09.495-08:00Gambaran Hari KiamatRujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Sumber: Amar Sufi Posted @ www.isuhangat.netSora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-67260009003647348912010-12-13T16:22:00.000-08:002011-01-15T03:20:21.346-08:00Kasih SayangKasih sayang merupakan nikmat kurniaan Allah SWT kepada makhluk-Nya, khususnya manusia. Dengan adanya sifat kasih sayang, manusia dapat merasai kebahagiaan hidup. Tanpa sifat kasih sayang, hidup seseorang tidak bermakna.

Pengertian kasih sayang ialah perasaan cinta, kasih, dan sayang yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang reda terhadap sesuatu dengan berteraskan prinsip Islam.

Nabi SAW mengingatkan umatnya bahawa iman seseorang itu tidak sempurna jika tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri sendiri.

Kasih sayang yang dianjurkan oleh Islam termasuklah terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya, terhadap diri sendiri, terhadap anggota keluarga, sesama manusia, alam sekitar dan terhadap makhluk lain/haiwan.

Kasih sayang adalah asas kebahagiaan hidup manusia.Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7830192563414516514.post-70109849484467596232010-12-13T15:44:00.000-08:002011-01-15T03:20:31.638-08:00Mendidik jiwa dengan sifat bersyukurMereka yang bersyukur kepada Allah S.W.T. sentiasa menghargai segala kurniaan-Nya. Mereka memanfaatkan pemberian Allah S.W.T. dengan sebaik-baiknya untuk mendapatkan keredhaan.

Cara-cara mendidik jiwa dengan sifat bersyukur ialah:

1. Senantiasa berfikir tentang kejadian alam;

2. Melihat kesusahan yang menimpa orang lain dan membandingkannya dengan apa-apa yang kita alami;

3. Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku terhadap umat-umat terdahulu yang tidak bersyukur kepada Allah S.W.T.;

4. Menghargai setiap kurniaan Allah S.W.T. dengan sebaik-baiknya untuk kesejahteraan diri sendiri dan untuk kesejahteraan orang kain juga;

5. Menerima segala kurniaan Allah S.W.T. dengan rasa qanaah dan terus berusaha dengan lebih gigh lagi;

6. Bersifat positif ketika menerima segala sesuatu daripada Allah S.W.T.

Orang yang bersyukur akan memperoleh ketenangan jiwa dan perasaan kerana dia reda dengan kurniaan Allah S.W.T.. Dia sentiasa sabar apabila menerima segala ujian-Nya.Sora-kiehttp://www.blogger.com/profile/06945456489130218751noreply@blogger.com0