Kasih Sayang

by | |
Kasih sayang merupakan nikmat kurniaan Allah SWT kepada makhluk-Nya, khususnya manusia. Dengan adanya sifat kasih sayang, manusia dapat merasai kebahagiaan hidup. Tanpa sifat kasih sayang, hidup seseorang tidak bermakna.

Pengertian kasih sayang ialah perasaan cinta, kasih, dan sayang yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang reda terhadap sesuatu dengan berteraskan prinsip Islam.

Nabi SAW mengingatkan umatnya bahawa iman seseorang itu tidak sempurna jika tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri sendiri.

Kasih sayang yang dianjurkan oleh Islam termasuklah terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya, terhadap diri sendiri, terhadap anggota keluarga, sesama manusia, alam sekitar dan terhadap makhluk lain/haiwan.

Kasih sayang adalah asas kebahagiaan hidup manusia.

0 comments:

Post a Comment