Mendidik jiwa dengan sifat bersyukur

by | |
Mereka yang bersyukur kepada Allah S.W.T. sentiasa menghargai segala kurniaan-Nya. Mereka memanfaatkan pemberian Allah S.W.T. dengan sebaik-baiknya untuk mendapatkan keredhaan.

Cara-cara mendidik jiwa dengan sifat bersyukur ialah:

1. Senantiasa berfikir tentang kejadian alam;
2. Melihat kesusahan yang menimpa orang lain dan membandingkannya dengan apa-apa yang kita alami;
3. Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku terhadap umat-umat terdahulu yang tidak bersyukur kepada Allah S.W.T.;
4. Menghargai setiap kurniaan Allah S.W.T. dengan sebaik-baiknya untuk kesejahteraan diri sendiri dan untuk kesejahteraan orang kain juga;
5. Menerima segala kurniaan Allah S.W.T. dengan rasa qanaah dan terus berusaha dengan lebih gigh lagi;
6. Bersifat positif ketika menerima segala sesuatu daripada Allah S.W.T.

Orang yang bersyukur akan memperoleh ketenangan jiwa dan perasaan kerana dia reda dengan kurniaan Allah S.W.T.. Dia sentiasa sabar apabila menerima segala ujian-Nya.

0 comments:

Post a Comment